alu-alu | sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barakuda | (ikan) alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang-kacang II | sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercelapak | (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pd belakang ikan alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celapak I | ; mencelapaki mengangkangi: lembu itu ~ dan menanduk dia; mencelapakkan mengangkangkan: dia ~ anak kecil itu di pinggangnya; tercelapak (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pd belakang ikan alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alu-aluan | berkaitan dgn sesuatu utk mengalu-alukan: kata ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alu I | kayu dsb sbg alat penumbuk padi; antan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alu II | ; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alu I | (alat) penumbuk padi dsb, antan; (bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan prb, Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb, Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb, Mn perkauman yg dekat me-nurut adat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ALU | Singkatan bagi arithmetic logic unit. Lihat unit aritmetik logik. | Kamus Komputer |