alunan | 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alunan | 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alunan | gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun. | Kamus Pelajar |
sitar | sj alat muzik bertali orang India yg rupa bentuknya seakan-akan gitar dan dimainkan dgn memetik talinya: alunan lagu drpd petikan ~ dan pukulan gendang amat mengasyikkan penonton. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalaikan | 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ritma | 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap: kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala ~ pula merupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu; beritma berirama: gerak-geri yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alun | ombak kecil yg memanjang dan tidak memecah: Perahu yg hanyut itu terkatung-katung di atas ~. beralun terdapat atau ada alunnya. mengalun 1. mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2. turun naik (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. alunan gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun. | Kamus Pelajar |
lalai | 1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alun | ombak kecil yg memanjang dan tidak memecah: Perahu yg hanyut itu terkatung-katung di atas ~. beralun 1 terdapat atau ada alunnya. 2 berbentuk spt ombak (bkn rambut): Syampu itu boleh menjadikan rambut berseri dan ~. 3 berirama tinggi rendah dan lembut (bkn suara, lagu dsb): suara yg ~. mengalun 1 mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2 turun naik dan lembut (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. mengalunkan menjadikan (suara, lagu dsb) mengalun: Penyanyi itu ~ suaranya yg merdu. alunan 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alun | ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |