alur-alur | sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulir | alur-alur pd skru, bebenang skru; berulir mempunyai ulir, ada ulirnya: sesendal yg amat anjal serta tudung yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkumai | 1. berukir dgn alur-alur (ukiran) tenggelam timbul: maka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ spt perbuatan peterana; 2. berbingkai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumai | 1. ukiran (pd perkakas kayu spt almari dll) yg timbul atau bergerigi: perbuatan ~ itu berkerawang, berbunga lawang dan berkarang-karang; 2. bingkai (bakul dll); berkumai 1. berukir dgn alur-alur (ukiran) tenggelam timbul: maka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ spt perbuatan peterana; 2. berbingkai; mengumai mengukir kumai; mengumaikan menghiasi (sesuatu) dgn kumai; kumaian kumai: diperbuatnya ~ berkerawang spt karangan unggas rupanya; pengumaian proses mengukir (membentuk) kumai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalur-alur | (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merakam | 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah I | 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alur tenggala | alur yg terjadi apabila membajak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelugur | 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya beralur-alur dan dpt dibuat asam), Garcinia spp.. 2 ukiran yg beralur-alur pd kaki meja dll. 3 lekuk atau alur memanjang pd aci (biasanya pd bahagian hujung) utk memungkinkan dua batang aci disambung dan berpusing serentak. bergelugur ada gelugurnya: Besi galvani ~ dijadikan bahan utk membuat bumbung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lurah | 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |