am | secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Am | simbol kimia bagi amerisium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
am | 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-perkara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
am | secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. | Kamus Pelajar |
cuti | 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pelajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula am | ist formula kumpulan sebatian organik secara umum yg dilambangkan dgn menggunakan huruf dan angka sbg ganti bilangan atom, mis formula am bagi alkana ialah CnH2n+2. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
formula | satu ringkasan yg dilambangkan oleh huruf, tanda dll utk menyatakan sesuatu hukum dsb; rumus: ~ air ialah H2O. ~ am ist formula kumpulan sebatian organik secara umum yg dilambangkan dgn menggunakan huruf dan angka sbg ganti bilangan atom, mis formula am bagi alkana ialah CnH2n+2. ~ kimia ist lambang utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia, dgn menggunakan simbol tertentu. ~ molekul ist formula kimia yg menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul. berformula mempunyai formula. berformulakan mempunyai atau berdasarkan sesuatu sbg formula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
publisiti | 1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
media | (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebaran am | alat-alat spt surat khabar, radio yg menyebarkan sesuatu berita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |