Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.man] | امان

Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gang­guan atau sesuatu yg tidak menyenang­kan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd putera­nya; mengamankan 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) meng­aman­kan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.man] | امان

Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aman

Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bahagia1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengamankanmenjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengamankanmenjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat.Kamus Pelajar
amantidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
amantidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan.Kamus Pelajar
sakinatAr aman, damai, tempat yg aman dan damai.Kamus Dewan Edisi Keempat
huru-hara1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haru; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bahagiaaman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huru; huru-hara 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. menghuru-harakan menjadikan (menyebabkan) huru-hara; mengacau-bilaukan: Percubaan mereka utk ~ negara telah gagal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas