adiwarna | sl amat bagus, amat indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benderang | terang benar (ttg cahaya atau warna): Bajunya merah amat ~. terang ~ amat terang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benderang | terang benar (ttg cahaya atau warna): Bajunya merah amat ~. terang-~ amat terang. | Kamus Pelajar |
amat I | sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersayang | 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vital | penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg amat penting atau amat diperlukan: perusahaan ~ perusahaan yg sangat penting utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjunjung | 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amat II | ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amat I | benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amat II | ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan pengawasan, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |