Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.boi] | امبوي

Definisi : sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.boi] | امبوي

Definisi : kata seru utk menyatakan rasa hairan, kasihan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amboi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
amboikata seru utk menyatakan rasa hairan, kasihan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
amboisr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini!Kamus Dewan Edisi Keempat
amboikata seru utk menyatakan rasa hairan atau rasa kasihan.Kamus Pelajar
kerenyeh(kerenyéh) Kd tersengih, kerisin: Amboi, senang hati dok ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sukan IIsj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus.Kamus Dewan Edisi Keempat
geram1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
merenyeh1. merengek: ah, engkau spt anak yg merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; Amboi, janda muda itu ~ sangat!; ® ronyeh I.Kamus Dewan Edisi Keempat
renyeh I(rényéh); merenyeh 1. merengek: ah, engkau spt anak yg merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; Amboi, janda muda itu ~ sangat!; ® ronyeh I.Kamus Dewan Edisi Keempat
intan1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas