Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampaian

Puisi
 

Merambat di Tanjung Batu,
     Jangan terambat ampaian kain;
Biar lambat syukurnya tentu,
     Jangan supaya ke orang lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ampaian koloidist serakan zarah pepejal yg halus di dlm cecair.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ampaian1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ampaian koloidserakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair.Kamus Dewan Edisi Keempat
ampaian1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair.Kamus Dewan Edisi Keempat
ampaianist bauran antara zarah-zarah pepejal dgn cecair tetapi zarah-zarah pepejalnya tidak hancur (kedua-duanya dpt dipisahkan dgn penapisan).Kamus Pelajar
ampaiantali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb.Kamus Pelajar
sampir II; menyampirkan menggantung­kan (sesuatu) pd ampaian, menyidaikan (kain dll); tersampir tergantung; sampiran 1. tempat menyidai (kain dll), ampaian, gantungan; 2. pembayang maksud (pd pantun).Kamus Dewan Edisi Keempat
ampai1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah; mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~ tembakau; mengampaikan 1. menggantungkan (me­n­yang­kutkan) pd ampaian utk menjemur (pa­kaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~ pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3. menyandarkan: ~ dirinya pd tem­bok; terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair.Kamus Dewan Edisi Keempat
sidai;bersidaitersidai tersangkut atau tergantung pd sesuatu: Baju tidurnya masih ~ di ampaian. penyidai tempat menyidai sesuatu; ampaian.Kamus Pelajar
sidai; bersidai 1. bergantung pd sesuatu yg lebih tinggi dr tanah, lantai dll (bkn kain baju dll): kain yg basah itu kelihatan ~ di ampaian; 2. ki duduk-duduk di sesuatu tempat (biasanya di tembok dsb) tanpa tujuan: mereka memilih utk ~ di pusat membeli-belah dan di tembok­-tembok bangunan; bersidaian bersidai di sana sini (kain baju dll), bergantungan, bersangkutan: kain-kain buruk ~ di dinding; menyidai menggantung (kain baju dll) supaya kering, mengampai, menjemur: kain­kain yg bergulung tadi hendaklah disidai semula; menyidaikan menyidai utk: dia ~ ibunya kain-kain yg baru dibasuh itu di ampaian; tersidai tersangkut (kain baju dll), ter­gantung: di ampaian kain, masih ada ~ sehelai baju tidur; sidaian sesuatu yang disidai (pakaian dsb), ampaian: aku menyusup melalui ~ kain; penyidai tempat menyidai (drpd tali, dawai, dll), ampaian: ~ hendaklah dibuat di tempat lapang yg mendapat cahaya matahari.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas