awak | 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat menerimanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak buah | a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak (buah, batu) dacing | logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan keseimbangan timbangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak buah | a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurutinggi | anak buah perahu (kapal) yg kerjanya memasang layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurumudi | anak buah perahu (kapal) yg menjaga kemudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurulayar | anak buah perahu (kapal) yg menjaga layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurubatu | anak buah perahu yg tugasnya mengukur dalamnya laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bosman | IB anak buah kapal yg mengurus alat perkakas kapal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awak perahu | anak buah perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |