anak sumbang | anak luar nikah, anak haram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak luar nikah | anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak luar nikah | anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sumbang I | 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haram jadah | a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) kata makian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadah | kata makian (selalunya utk menunjukkan kemarahan): apa ~nya yg dia menyibuk itu?; haram ~ a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) kata makian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak tidak bersyahadat | anak di luar nikah, anak haram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haram zadah | anak yg dilahirkan di luar nikah, anak haram; ®jadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zadah | haram ~ anak yg dilahirkan di luar nikah, anak haram; ®jadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersyahadat | 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |