Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis atau teruna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di mana bunga kembang,
     di situ kumbang banyak.

Bermaksud :

Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teruna1. sl anak laki-laki yg masih muda, pemuda, belia: kasih sayang antara ~ dan dara; anak ~ = muda ~ anak muda, pemuda, muda belia; 2. Id pelajar sekolah tentera, kadet.Kamus Dewan Edisi Keempat
beranggapberganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkucupbercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
penagihanperihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang;Kamus Dewan Edisi Keempat
anggap IIsl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~; beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari; menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; menganggapkan mengunjukkan (minuman dll); anggapan ajakan, jemputan (menari dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ketangkasanperihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapĀ­an: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
wahaikata seru utk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dll: ~ anak-anak muda, berhati-hatilah ketika memandu kereta!Kamus Pelajar Edisi Kedua
diskosj kelab malam atau tempat hiburan utk pengunjungnya (biasanya anak-anak muda) menari mengikut muzik pop yg biasanya kuat dan rancak; muzik (tarian) ~ sj muzik (tarian) rancak yg biasanya dimainkan (ditarikan) di disko; berdisko menari mengikut rentak muzik disko: mereka asyik ~ hingga hampir ke waktu Subuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikutansesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengadaanperihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas