Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.a.na/] | انق٢

Definisi : 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Laksana layang-layang salah teraju.

Bermaksud :

Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(181)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecek/kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedung1 = bedungan kain yg digunakan utk membalut tubuh anak-anak kecil supaya tidak kesejukan. 2 kain yg digunakan utk membarut perut atau dada anak-anak kecil. membedung membalut atau membarut anak-anak kecil dgn bedung: Emak ~ adik saya yg baru dilahirkan itu kemas-kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecek anak-anakceloteh anak-anak;Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedungankain yg digunakan utk membalut tubuh anak-anak kecil supaya tidak kesejukan. 2 kain yg digunakan utk membarut perut atau dada anak-anak kecil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertembung1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum;Kamus Dewan Edisi Keempat
tembung IIbertembung 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicang-kecoh ~ ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hen­daklah ada buktinya; menembungkan menemukan, menye­bab-kan bersua: kedatangan Islam ~ bahasa Melayu dgn bahasa Arab; mempertembungkan menjadikan (menyebab-kan) bertembung, memper­temukan, memper-suakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertem­bungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; pertembungan perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat
didik; mendidik menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. terdidik mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yg sempurna; terlatih: Dia inilah salah seorang murid yg ~. didikan 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. pendidikan perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. berpendidikan mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. pendidik orang yg mendidik; guru. kependidikan hal atau sifat yg berkaitan dgn pendidik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
timangan1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
inang1 perempuan yg menjaga dan melayan anak-anak (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): mak ~ panggilan yg hormat utk inang yg telah berumur. 2 = tarian ~ sj tarian tradisional Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menculikmelarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas