pendigitan(digitization) | 1. Proses menukarkan ukuran analog suatu pemboleh ubah jasmani atau suatu isyarat analog kepada bentuk digital. 2. Proses memberikan nilai digital kepada aksara atau perkataan mengikut peraturan tertentu. | Kamus Komputer |
analog | 1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt voltan, arus, dll) utk mewakili nombor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
DAC | 1. Singkatan bagi digital to analog converter, iaitu penukar digital ke analog. 2. Singkatan bagi data acquisition and control, iaitu pemerolehan dan kawalan data. | Kamus Komputer |
paparan digital(digital display) | 1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital. | Kamus Komputer |
data digital(digital data) | 1. Data dalam bentuk isyarat diskret. 2. Nilai atau kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk digital. Bandingkan data analog. | Kamus Komputer |
penyiaran | 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, perayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke manamana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |