Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. detailed examination, penganalisisan, analisis; (liter.) penganalisisan, pengupasan: investigation and ~ are the basis of all research, pengkajian dan penganalisisan adalah asas bagi semua penyelidikan; an ~ of consumer behaviour, satu analisis ttg tindak-tanduk pengguna; an ~ of Tolstoy’s “War and Peace”, pengupasan novel Tolstoy “War and Peace”; in the /final, last, ultimate/ ~, setelah /diperhitungkan, diambil kira/ kesemuanya: in the final ~, man must be held responsible for his own actions, setelah diperhitungkan kesemuanya, manusia mestilah bertanggungjawab atas tindakannya sendiri; 2. statement of findings, analisis; 3. see PSYCHOANALYSIS; 4. separation of compound into constituent parts, analisis: quantitative ~, analisis kuantitatif; volumetric ~, analisis volumetrik; 5. (ling) analisis; 6. (math) analisis. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analysis


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
analisis(analysis)1. Kajian bersistem terhadap masalah atau proses untuk mendapatkan penyelesaian. 2. Penghuraian sesuatu proses kepada komponen-komponen asasnya.Kamus Komputer
mod analisis(analysis mode)1. Mod pengendalian yang menggunakan atur cara khas untuk mengawasi kelakuan sistem yang dianalisis. 2. Mod pengendalian yang membolehkan petugas mengawasi kelakuan sistem yang sedang berjalan.Kamus Komputer
blok analisis(analysis block)Blok dalam ingatan komputer yang menempatkan atur cara pengujian analisis atau data hasil analisis. Selepas analisis tamat, blok ini akan dilonggokkan ke pencetak untuk dicetak.Kamus Komputer
analisis sistem(systems analysis)Penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik, atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut, serta menentukan cara untuk menyelesaikan, memperbaik, atau melaksanakan sistem dengan berkesan.Kamus Komputer
analisis ralat(error analysis)Kajian yang dilakukan untuk menentukan punca kesilapan yang wujud pada sistem.Kamus Komputer
analisis masalah(problem analysis)Kajian masalah yang cuba diselesaikan oleh sistem sebagai langkah pertama dalam kitar pembangunan sistem.Kamus Komputer
analisis kos(cost analysis)Kaedah yang digunakan untuk menentukan kos keseluruhan sistem dan kemudian membandingkannya dengan faktor anggaran kos bagi satu sistem baru.Kamus Komputer
analisis kontur(contour analysis)1. Kaedah pembacaan dalam sistem pengecaman corak beroptik yang menggunakan alur cahaya untuk menyurih garis bentuk sasaran. Garis bentuk objek sasaran yang diperoleh daripada pantulan cahaya dipadankan dengan corak dalam simpanan pangkalan data untuk mengenal pasti corak yang disurih. Kaedah ini biasanya digunakan dalam sistem pengecaman tulisan tangan dan sistem pengecaman cap jari yang tidak mempunyai bentuk yang piawai. 2. Analisis permukaan objek yang dilakukan dalam sistem reka bentuk berbantukan komputer.Kamus Komputer
analisis kegagalan(failure analysis)Kaedah pemeriksaan teliti yang dijalankan di tempat kerosakan, atau kajian yang dibuat untuk menentukan punca dan sebab sebenar berlakunya kegagalan.Kamus Komputer
analisis faktor(factor analysis)Kaedah yang digunakan untuk mengkaji saling tindakan antara faktor-faktor untuk menentukan faktor yang penting dan besarnya kepentingan itu.Kamus Komputer
12

Kembali ke atas