Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk; 3. bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat; 4. unsur, faktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1 zat yg empat (air, tanah, api, dan angin) yg dipercayai menjadi punca segala yg wujud di alam ini. 2 bahagian yg terkecil drpd sesuatu yg tidak dpt dipecah-pecahkan lagi; unsur. 3 sesuatu (spt fahaman, sifat) yg menjadi sebahagian drpd sesuatu: Dlm kumpulan itu, terdapat ~ yg kurang baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anasir


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengganasanperbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebaharuansifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia;Kamus Dewan Edisi Keempat
antikerajaanmenentang (tidak menyokong) kerajaan: anasir-anasir ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpengaruhdipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
antikerajaanmenentang kerajaan atau tidak menyokong kerajaan: anasir-anasir ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hasutankata-kata atau perbuatan meng­hasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;Kamus Dewan Edisi Keempat
diayahpenyiaran (penyebaran) sesuatu ideo­logi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir ko­munis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; mendiayahkan menyebarkan diayah, mem­­­propagandakan; pendiayahan perbuatan menyebarkan di­ayah; pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu diawasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
huru-hara1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terhasutsakit hati atau marah kerana di-hasut: PM menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengkhianatanperihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas