andai I | = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andai kata | misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
andai kata | andainya, seandainya, andaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andai kata | misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? | Kamus Pelajar |
andai | ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misalan | umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andai; | seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. | Kamus Pelajar |
misal | = misalan umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya; semisal seperti, sebagai, seumpama; memisalkan mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
misalan | sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misal | = misalan sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. misalnya contohnya; umpamanya. memisalkan menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengumpamakan; mengibaratkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |