aneka | /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aneka | (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam, berbagai-bagai (jenis); beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~; keanekaan kepelbagaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aneka | /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar |
aneka warna | (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam; beraneka warna berbagai-bagai warna; menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna; keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aneka ragam | (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan); beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam); keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba aneka (jenis) | pelbagai aneka, bermacam jenis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aneka ragam | berbagai-bagai jenis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba aneka | berbagai-bagai; bermacam-macam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gergaji aneka | gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusparagam | 1. sl aneka warna, berbagai-bagai warna, berwarna-warni; 2. himpunan berbagai-bagai lagu (muzik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |