anggun II | ® anghun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggun I | elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggun | elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antun | sl anggun, kacak; orang ~ pesolek; berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apas I | sl anggun, kocak, tampan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elegan | (élégan) tampan, rapi, anggun: dia kelihatan begitu ~ dgn mengenakan pakaian yg dicipta khas oleh pereka fesyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaun | sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal; bergaun memakai gaun: dia ~ putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cun II | bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |