tenggara | mata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan Oktober); menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn tenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut I | 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu perkara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelambu II | ; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siliran | tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin-angin | khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silir I | angin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll); bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir; siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puyu I | ; angin ~ angin yg berkisar (berpusing-pusing), angin puting beliung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utara I | arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakal | ; angin ~ angin yg datang dr arah haluan perahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yahum | ; angin ~ angin yg berpuput dr buritan kapal dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |