Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin yg datang dr sebelah barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin barat

Puisi
 

Angin barat bertiup lembut,
     Bertiup pagi sampai petang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
angin barat(barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
angin baratangin yg datang dr sebelah barat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tergelencongmenyimpang, terpesong: angin barat daya ialah angin timuran tenggara yg ~ dr selatan khatulistiwa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelencong(geléncong); tergelencong menyimpang, terpesong: angin barat daya ialah angin timuran tenggara yg ~ dr selatan khatulistiwa.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyongsong1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
barat-barat lautmata angin antara barat dan barat laut;Kamus Dewan Edisi Keempat
barat-barat dayamata angin antara barat dan barat daya;Kamus Dewan Edisi Keempat
barat I1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina.Kamus Dewan Edisi Keempat
songsong Iberlawanan (bertentangan) arah; ~ arus belayar bertentangan dgn arah arus; bersongsong berjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan; menyongsong 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
barat laut semata baratmata angin antara barat laut dan barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas