angin ribut | angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin gunung-gunungan | angin besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membias | membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bias | membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin | 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arahnya; ~ pasang pasang-pasang; ~ pengarak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelombang | 1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggu I | bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah berubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi II | ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelombang | 1. gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut besar ~nya. 2. gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3. gerakan spt serangan dll yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1. bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2. bergerak atau berlaku berturut-turut. | Kamus Pelajar |
kincir angin | roda besar yg digerakkan oleh angin utk mengisar gandum dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |