angka I | 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merangkumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, memberi bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
statistik | 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka; perangkaan. 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angka | tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
statistik | 1. catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yg ditunjukkan dgn angka, perangkaan; 2. cabang ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn sesuatu yg didasarkan kpd bukti-bukti dlm bentuk angka atau bilangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puluh | sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu dibahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukuran dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angka pengisi | (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitungan | 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angka-angka | 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faktor | 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
statistik | 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka. | Kamus Pelajar |