Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (ter­hadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkara

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
angkara1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angkara murkamementingkan diri sendiri, loba, tamak;Kamus Dewan Edisi Keempat
angkara1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (ter­hadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkara1. perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2. perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab.Kamus Pelajar
binatang angkarabinatang buas;Kamus Dewan Edisi Keempat
murka II; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak; kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
honar IIsl tipu daya (muslihat), angkara, hati atau akal busuk: banyak muslihatnya, banyak ~nya, banyak mainnya dan banyak tahunya; siapakah yg empunya ~ mempersembahkan kpd baginda itu?Kamus Dewan Edisi Keempat
anggaraark buas, ganas (binatang); setua ~ binatang buas; ® angkara.Kamus Dewan Edisi Keempat
binatangmakhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran);Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas