angkuh I | mempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak, sombong, pongah, tinggi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~; mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri; keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkuh II | Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkuh | suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkuh | suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah angkuh | Mn tidak patut pd pandangan orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangah | angkuh, congkak, pongah, sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congah | angkuh, pongah, sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keangkuhan | sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keranggian | sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |