aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar |
aniaya | perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksaan | 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganiayai | melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mazlum | Ar, sl aniaya: banyaklah hamba Allah yg terbunuh dgn ~; termazlum teraniaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalimi | ark membuat aniaya kpd, berlaku tidak adil kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaniaya | Jw ark aniaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganiaya | , menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |