anjal | dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa setelah dibengkokkan, ditekan dsb. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. keanjalan keadaan atau hal anjal. | Kamus Pelajar |
anjal | mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~; menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan; keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan; ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjal | 1 dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa (setelah dibengkokkan, ditekan, setelah menjadi tegang dsb): Arteri yg sihat dan normal bersifat ~ dan dinding di dlmnya lembut dan bersih. 2 mudah berubah (bkn harga, permintaan, kedudukan dsb); boleh diubah-ubah (bkn jadual waktu dsb): Barang pembuatan secara umumnya mempunyai permintaan yg lebih ~ di samping tidak begitu terdedah pd ancaman cuaca. Masalah ini akan dpt diatasi melalui cadangan mewujudkan jadual waktu ~ di sekolah. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. menganjalkan 1 menjadikan atau menyebabkan dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa: Gerakan itu dpt ~ otot. 2 menjadikan atau menyebabkan mudah berubah atau dpt diubah-ubah: Kita berharap agar suasana positif ini terus kekal dan perlahan-lahan ~ kedudukan ekonomi negara kpd keadaan yg lebih baik. keanjalan keadaan atau hal anjal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerusi anjal | kerusi yg dpt melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika berlaku kecemasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerusi anjal | sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keanjalan | perihal anjal, kekenyalan, keelastikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerusi lenting | kerusi anjal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keanjalan | keadaan atau hal anjal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keanjalan | keadaan atau hal anjal. | Kamus Pelajar |
ketakanjalan | keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |