anjuran | 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2. yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ialah ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar |
syor | cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran: cadangan atau ~ yg terbaik akan dikira menang; mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
porsetel | (porsetél) IB anjuran, cadangan, usul; memporsetelkan menganjurkan, mencadangkan, mengusulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuan | sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadangan | 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan sesuatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haah | ya (mengiakan kata, keterangan, atau anjuran orang): ~, betul; ~, memang dia yg salah; ~, marilah kita pergi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dapatlah diterima. | Kamus Pelajar |