orang tengah | a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selang I | 1 waktu yg terdapat antara dua masa; antara (bkn tempat, peristiwa dll); lat: ~ beberapa bulan, kami pulang lagi ke kampung. 2 = selangan apa-apa yg terletak di antara dua benda: tanaman ~. berselang ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr rumahnya. menyelang 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kerana diselang dgn lawak jenaka dan nyanyian. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. menyelangi menjadikan sesuatu berselang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. menyelangkan meletakkan sesuatu supaya menjadi berselang. perselangan perihal atau perbuatan berselang: ~ antara terang dgn gelap yg biasa berlaku setiap hari mempunyai kesan yg menakjubkan terhadap kehidupan tumbuh-tumbuhan berbunga. penyelangan perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang | perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antara muka | ist 1 bahagian yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan. 2 perisian yg memudahkan komunikasi antara dua sistem. ~ pengguna grafik antara muka yg menggunakan ciri-ciri grafik utk menjadikan sesuatu komputer itu lebih mesra pengguna. pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dpt saling berhubung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jengkal | jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari lain yg direntangkan: ~ kelengkeng jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari kelengkeng; ~ manis jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari manis; ~ telunjuk jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari telunjuk. menjengkal mengukur dgn jengkal. ~ dada mengecilkan kebolehan (keberanian) orang lain. ~ muka menghina orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sela | 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonfrontasi | bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinkronisasi | penyelarasan antara dua perkara: ~ antara Kongres Ilmu Pengetahuan dgn penyusunan GBHN. | Kamus Dewan Edisi Keempat |