penyesuai antara muka komunikasi tak segerak(asynchronous communication interface adapter) | Peranti cip litar bersepadu yang digunakan dalam antara muka antara peranti untuk komunikasi data tak segerak. Singkatan ACIA. | Kamus Komputer |
antara muka Centronics | antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antara muka bersiri | antara muka yg membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antara muka pengguna grafik | antara muka yg menggunakan ciri-ciri grafik utk menjadikan sesuatu komputer itu lebih mesra pengguna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antara muka bersiri(serial interface) | Antara muka yang membolehkan bit-bit sesuatu aksara dihantar secara bersiri melalui saluran penghantaran tunggal. | Kamus Komputer |
antara muka ramah(friendly interface) | Sistem antara muka yang direka bentuk supaya mudah digunakan oleh pengguna biasa. | Kamus Komputer |
antara muka Centronics(Centronics interface) | Piawaian antara muka bagi penyambungan selari. Piawaian ini biasanya digunakan untuk menyambungkan mikrokomputer dengan pencetak selari. | Kamus Komputer |
antara muka unit grafik(graphical unit interface) | Antara muka yang menggunakan ciri grafik, seperti arca, untuk menjadikan komputer itu lebih ramah pengguna. | Kamus Komputer |
bas antara muka(interface bus) | Bas yang menyediakan sambungan antara muka dan pemasaan bagi menghubungkan dan memadankan pelbagai peranti dan persisian dengan komputer. | Kamus Komputer |
antara muka selari(parallel interface) | Antara muka yang membolehkan data dikirim antara dua peranti secara serentak melalui saluran selari yang berasingan. | Kamus Komputer |