antik | 1 berasal dr zaman dahulu atau zaman lampau sbg perbandingan dgn zaman moden (ttg barang-barang dsb): barang-barang ~. 2 = barang(-barang) ~ barang-barang spt perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yg dihasilkan pd zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya, umurnya dsb: penggemar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antik | kuno (ttg barang-barang dsb). | Kamus Pelajar |
antik | 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keantikan | sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
purbawan | orang yg mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang antik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenadiran | perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurio | barang kecil yg aneh dan jarang-jarang ditemui, biasanya mempunyai nilai bagi pengumpul barang antik atau aneh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwajah | 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dekor | (dékor) 1. IB perlengkapan pentas (spt tirai, hiasan, dll) utk pertunjukan sandiwara; 2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yg memberikan wajah tertentu kpd sesuatu tempat (spt bilik, rumah, dsb): sesuai dgn struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nadir I | Ar jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll; kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg berkenaan | Kamus Dewan Edisi Keempat |