anutan | sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anutan | keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anutan | sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. | Kamus Pelajar |
tradisionalisme | fahaman (pegangan, anutan, dsb) yg berdasarkan tradisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anut | ; menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganutan perihal atau perbuatan menganut: ~ agama ialah salah satu fenomena sosial. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anut | menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar |
anut | ; menganut, menganuti menerima se-suatu ajaran (aliran, fahaman, dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama): ada drpd perbuatan-perbuatan kita telah pun menjadi adat resam yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~ fahaman realisme sosialis; anutan keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu; penganutan perihal (perbuatan) menganuti: bidang kita ialah menumpukan perhatian kpd ~ agama sbg fenomena sosial; penganut pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |