ludat | sj tumbuhan (pokok), api-api daun lebar, api-api ludat, api-api putih, udat, Avicennia officinalis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali api (api-api) | tunam, murang, sumbu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gula merah | sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gula II | ; ~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantik | ; memantik 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memantik | 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetus | bunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api. mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyala | , = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. menyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hendak ~ api jika tidak ada mancis? 2 menjadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) menyala, menyalai atau menyalakan. penyala alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gorek I | (gorék) korek api; ~ api gores api, mancis; menggorek-gorek = hati ~ hati menggeletek, berdebar-debar hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyurihkan api-api | menggores mancis api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |