Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : api seksaan dlm neraka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api neraka

Puisi
 

Tetak tebu kilas ke dayung,
     Nak berdayung Laut Melaka;
Tuntutlah ilmu buatkan payung,
     Nak menghindar api neraka.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sair IIAr api neraka, neraka yg kelima.Kamus Dewan Edisi Keempat
api nerakaapi seksaan dlm neraka;Kamus Dewan Edisi Keempat
jahanamAr 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, me­mus­nahkan: bom yg digugurkan telah ~ be­berapa buah bangunan; 2. merosakkan: me­reka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan se­suatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal.Kamus Dewan Edisi Keempat
neraka jahanamlaut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
api1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menju­lang-julang; 2. kepanasan (haba) yg diguna­kan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): “A~! A~!” Hamid berteriak; 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau peme­tik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ per­cintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ per­kauman; ~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa; ~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka; ~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hen­daklah lekas diperbaiki sebelum ber­bahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak mem­beri harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb, Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan; api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; mengapi menjadi spt api atau menyerupai api; mengapikan, mengapi-apikan meng­hasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya; memperapikan memanggang; perapian tempat menyalakan api utk me­manaskan ruang, bilik dsb, pendiangan; pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
jahanam1 tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah: Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2 = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3 (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. penjahanam orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jahanam1. tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah:Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2. =neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3. (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju.Kamus Pelajar
tepat1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas