Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api-api 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
api1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menju­lang-julang; 2. kepanasan (haba) yg diguna­kan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): “A~! A~!” Hamid berteriak; 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau peme­tik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ per­cintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ per­kauman; ~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa; ~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka; ~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hen­daklah lekas diperbaiki sebelum ber­bahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak mem­beri harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb, Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan; api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; mengapi menjadi spt api atau menyerupai api; mengapikan, mengapi-apikan meng­hasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya; memperapikan memanggang; perapian tempat menyalakan api utk me­manaskan ruang, bilik dsb, pendiangan; pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
cetusbunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api. mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pantik; memantik 1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencetus1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
nyala, = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. me­nyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) me­nyala, menyalai atau menyalakan. penya­la alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
memantik1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
api-api1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api;Kamus Dewan Edisi Keempat
cetusbunyi spt bunyi besi digoreskan ke batu dll; ~ api Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; bak ~ api prb (orang yg) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dll); mencetus 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan; mencetuskan 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dsb): perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yg sudah lama terpendam; cetusan 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jel­maan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; pencetusan perihal mencetuskan atau me­nerbitkan (sesuatu): ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca; pencetus sesuatu yg mencetuskan: ~ idea.Kamus Dewan Edisi Keempat
kobar Iterbakar dgn api yg marak; berkobar 1. bernyala besar, sangat marak (api): api yg ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah; 2. ki bergolak atau bergelora (dlm hati): cintanya itu pd hari-hari yg berikut ternyata tambah ~; kembalilah harapannya ~ dlm dada; 3. berkecamuk, menghebat: peperangan yg ~; berkobar-kobar 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya; mengobarkan 1. membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan; 2. = mengobar­ngobarkan membangkitkan semangat hing­ga meluap-luap, menghebatkan (semangat dll): sajak-sajak yg menimbulkan cinta kpd tanah air dan yg ~ semangat kepahlawanan; kobaran nyala yg besar atau marak: dia menangis di tengah-tengah ~ api itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencetus1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas