arang | 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arang I | 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagu | Mn 1. para dapur; arang ~ arang para, jelaga; 2. loteng, loteng tempat menyimpan barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karbon | (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll; ~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat sebanyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon; pengkarbonan proses mengkarbonkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengarangan | 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara I | serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gas | 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekulmolekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
conteng (conténg) | coreng, coret, calit, palit; berconteng-conteng bercoreng-coreng (dgn cat, arang, dll), bercalit-calit, berpalit-palit: papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dgn kapur; menconteng mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib); mencontengkan mencorengkan, memalitkan: ia asyik ~ cat di papan itu; terconteng 1. sudah diconteng, tercoreng; 2. ki mendapat malu (aib); contengan hasil menconteng: kertas yg putih bersih itu menjadi comot dgn ~; penconteng orang yg menconteng atau mencontengkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gas | 1 zat spt udara yg tidak menjadi cair atau beku pd suhu biasa. 2 = ~ arang batu zat atau campuran zat yg bersifat spt udara yg mudah terbakar, biasanya diperoleh drpd arang batu dan digunakan sbg bahan api. ~ asli (jati) gas yg wujud bersama enapan petroleum (di bawah permukaan bumi). ~ ekzos gas yg keluar dr enjin pembakaran dalam (melalui ekzos). ~ lengai gas yg tidak aktif (dr segi kimia spt argon dan neon). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arang | 1. benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3. = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. | Kamus Pelajar |