Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aras I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
get ATAU(OR gate)Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik ATAU berangkum. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 1.Kamus Komputer
get TAK ATAU(NOR gate)Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK ATAU. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika kesemua input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan menjadi logik 0 jika mana-mana inputnya mempunyai nilai aras logik 1.Kamus Komputer
terdawai ATAU(wired-OR)Kaedah penyambungan litar yang membolehkan litar berasingan disambung sebagai litar logik ATAU. Titik penyambungan litar ini akan mempunyai aras logik 1 jika output mana-mana litar yang disambung pada titik tersebut mempunyai nilai logik 1.Kamus Komputer
get TAK DAN(NAND gate)Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK DAN. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan mempunyai aras logik 0 jika kesemua input beraras logik 1.Kamus Komputer
get TAK(NOT gate)Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya.Kamus Komputer
tanda arastanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg di­gunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras.Kamus Dewan Edisi Keempat
aras I1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi pinggang; 2. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan ke dlm kolam yg panjangnya 25 meter, lebar­nya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke ~ lima; ~ bumi kedudukan yg sama aras dgn per­mukaan bumi; ~ dada (Hut) ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~ tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut, altitud; mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke awan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aras I1 had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat: ~ lutut sampai ke lutut dalamnya. 2 permukaan air: Kerana hujan lebat, ~ air Sungai Gombak naik satu meter.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aras I1. had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat: <i>~ lutut sampai ke lutut dalamnya.i> 2. permukaan air: <i>Kerana hujan lebat, ~ air Sungai Gombak naik satu meter.i>Kamus Pelajar
jalur I1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas