arena | /aréna/ tempat beradu tenaga atau tempat berlawan dlm permainan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arena | (aréna) 1. gelanggang (permainan dsb): ~ badminton; 2. lapangan, gelanggang: ~ politik tanah air; memajukan lagi ~ sukan negara; 3. gelanggang (pertempuran dsb), medan: kawasan itu menjadi ~ pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yg bermusuhan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arena | /aréna/ tempat beradu tenaga atau tempat berlawan dlm permainan. | Kamus Pelajar |
velodrom | (vélodrom) gelanggang (arena) yg balapannya dimiringkan utk perlumbaan basikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikalisme | 1. fahaman (kepercayaan) yg radikal dlm politik; 2. fahaman (aliran) yg menginginkan perubahan yg mendadak dlm arena politik dan sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bombastik | banyak menggunakan kata yg indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yg bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yg sederhana dan mudah difahami, pemilihan katakatanya dibuat begitu teliti dan tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan | (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawasan yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kalangan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat berlakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapangan politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
citra | 1. sl gambar, lukisan, arca. 2. gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dll): yg menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati utk membina ~ wanita; bercitra memiliki atau mempunyai gambaran tentang peribadi seseorang (barangan dll); citraan kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu; kecitraan hal (sifat) yg berkaitan dgn citra; percitraan perihal bercitra: pelbagai aspek sastera spt tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
visi | tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersara | 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |