armada | 1. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang; 2. kapal-kapal dagang (dr sesuatu negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanggah I | ; menyanggah 1. membantah, me-nyangkal: dia boleh bermulut keras kepada-ku dan ~ kataku; 2. melawan, menentang: raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah; menyanggahkan sl menyanggah: kapal armada itu tiada dapat kita ~ di laut; sanggahan bantahan atau tentangan (terhadap sesuatu): lekas benar dia mengalah apabila menerima ~ drpd isterinya; penyanggahan perihal menyanggah, pem-bantahan, penentangan; penyanggah orang yg menyanggah, pem-bantah, penentang: budak itu tidak derhaka, tidak ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkalan | 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat | 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |