asap | 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn mengenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semperung | 1. corong (lampu dll), cimni, se-rombong; ~ asap corong asap (pembuluh tempat keluar asap); 2. buluh (besi dll) utk meniup api, salung api; 3. teropong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berasap | 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasapi | 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berukup | 1. mengasapi diri dgn asap ke-menyan (setanggi dll) yg dibakar; 2. sudah diukup dgn asap kemenyan (setanggi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teropong | 1. tabung kecil drpd buluh dll, buluh, pembuluh, torak; ~ api sekerat buluh utk me-niup api, salung api; 2. alat utk melihat benda yg jauh-jauh atau benda yg halus-halus, keker; ~ asap pembuluh tempat asap keluar, corong asap; ~ bintang alat utk melihat bintang, teleskop; ~ corong = ~ hendap = ~ intip alat utk melihat sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; ~ halus = ~ hama = ~ kuman = ~ tuma alat utk melihat benda-benda halus, mikroskop; ~ hati ki mata; ~ jauh alat utk melihat benda-benda yg jauh, teleskop; meneropong, meneropongi 1. melihat dgn teropong; 2. ki menyelidiki, memeriksai, meneliti: kita telah ~ apa yg telah terjadi pd bidang agama, politik dan ekonomi; peneropongan perbuatan meneropong; peneropong orang yg meneropong. terowong = terowongan gua yg dibina me-nembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serombong | 1. benda spt corong yg kembang ke hujung dan disambungkan pd hujung serunai (alat pembesar suara dll); 2. = ~ asap corong yg menyalurkan asap pd kapal (dapur, lampu, dll), cerobong, semperung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasap | 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabir | 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah muda; 2. ki sesuatu yg menutupi (melindungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perjuangannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir berbagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
corong I | 1 alat yg mulutnya berbentuk spt kelongsong dan diberi berpaip pd bahagian bawahnya (digunakan ketika menuang sesuatu supaya tidak tumpah). 2 = ~ asap paip utk menyalurkan asap keluar; serombong. 3 = ~ lampu pembuluh kaca utk melindungi nyala api; cemeni lampu. 4 = ~ suara alat utk menguatkan suara. ~ Baermann ist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah. ~ dengar alat utk mendengar (bagi orang pekak). ~ radio alat penangkap suara utk disiarkan. ~ telefon corong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon. ~ turas corong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |