Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.su] | اسو

Definisi : anjing; gigi ~ gigi taring. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
asuanjing; gigi ~ gigi taring.Kamus Dewan Edisi Keempat
gigi asugigi yg tajam dan runcing; taring.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahi asusj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides;Kamus Dewan Edisi Keempat
gigi anjing (asu)siung, taring;Kamus Dewan Edisi Keempat
taringgigi yg runcing dan tajam; gigi asu; siung. bertaring 1 ada taringnya. 2 berbentuk spt taring: Misainya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taringgigi yg runcing dan tajam; gigi asu; siung.Kamus Pelajar
taring I1. gigi yg runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung; 2. ki kekuasaan (keberanian, kekuatan dsb) utk melakukan se-suatu: dia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya; bertaring 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: misainya ~ misainya tajam dan bentuknya spt taring; 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahi II~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
sianggitsj tumbuhan (rumpai), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang (pereh jarang, sekeduk, tahi ayam) selasih dandi, senorang kambing, tahi asu (anjing), Ageratum cony­zoides.Kamus Dewan Edisi Keempat
gigi I1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas