ijuk | sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rungkup | merupakan penutup (tudung dll); atap ~ atap yg sangat lebar dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya); kajang ~ dua helai kajang yg dipasang hingga menutupi; merungkup melingkupi, menudungi, menutupi (hingga tidak tampak lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumbia | sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Metroxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genting II | kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah; atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirai III | 1. sj tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, Metroxylon rumphii (sagu); atap ~ atap yg dibuat drpd daun nipah; 2. Br daun rokok (penggulung rokok) drpd daun nipah; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutur II | ; tuturan; ~ atap cucuran atap; penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisipi | memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur V | ; (daun) ~ atap sj tumbuhan (pokok renek), Baeckia frutescens; atap ~ = rotan (atap) ~ sj rotan, Calamus castaneus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur I | aliran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyirami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengkawan | 1. bilah buluh yg digunakan sbg tulang atap rumbia (nipah dll); 2. penjodoh bilangan bagi atap: 50 ~ atap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |