atur huruf | penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan utk tujuan pencetakan: pd peringkat ~; mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid; pengatur huruf 1. orang yg kerjanya mengatur huruf; 2. mesin yg digunakan utk mengatur huruf: mesin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengatur huruf | 1. orang yg kerjanya mengatur huruf; 2. mesin yg digunakan utk mengatur huruf: mesin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur huruf | penyusunan huruf menjadi perkataan utk tujuan percetakan: Buku itu sekarang dlm peringkat ~. mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan dlm proses percetakan: Manuskrip yg dihantar itu sedang diatur huruf sebelum dpt dicetak. pengatur huruf orang yg kerjanya mengatur huruf dlm sesuatu proses percetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengekosan | anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur I | ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancangkannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kerajaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) mengatur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk mengatur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kos I | harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd penggunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun | longgok atau kumpulan yg teratur bertindih-tindih dgn rapi: Beberapa ~ pinggan mangkuk yg mahal tersimpan di dlm almari. ~ atur cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. bersusun 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. menyusun 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pasukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di percetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ kamus mengarang atau membuat kamus. tersusun sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. susunan 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. penyusunan perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn perkembangan bahasa hari ini. penyusun orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aben(abend) | Penamatan atur cara akibat ralat, misalnya ralat yang berlaku apabila huruf digantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. | Kamus Komputer |
tanda dolar(dollar sign) | Aksara yang mempunyai rupa huruf simbol dolar, $, yang digunakan sebagai penanda bagi nombor, jumlah wang, atau tanda khas kawalan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
pengatur | 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk mengatur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |