audio | 1 bkn bunyi atau pendengaran: Drpd satu bahasa perhubungan, melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka. 2 berkaitan dgn bunyi dan penghasilan semula bunyi: Syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
audio | 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berkaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audio | 1. Bunyi yang dapat didengar oleh telinga manusia. 2. Berkaitan dengan penggunaan bunyi dalam sistem komputer. | Kamus Komputer |
pita kaset(cassette tape) | Pita magnet 1/8 inci dalam bekas kaset, seperti yang biasa digunakan untuk rakaman audio. Pita kaset digunakan sebagai peranti ingatan sandar untuk merakamkan isyarat data berjujukan dari komputer. | Kamus Komputer |
frekuensi | (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin I | ; ~ tak tumpah betul-betul menyerupai seseorang atau menyerupai yg asalnya. bersalin berganti atau bertukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. menyalin 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. salinan hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. penyalinan perbuatan atau hal menyalin. penyalin 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |