peranti audio(audio device) | Peranti yang boleh menerima atau menjanakan bunyi. | Kamus Komputer |
output audio(audio output) | Output komputer yang dikeluarkan dalam bentuk bunyi. | Kamus Komputer |
input audio(audio input) | Input komputer dalam bentuk bunyi. | Kamus Komputer |
unit sambutan audio(audio response unit) | Peranti yang boleh mengeluarkan suara untuk komputer. Suara ini mungkin merupakan ungkapan atau perkataan yang telah dirakamkan atau disintesis daripada data. | Kamus Komputer |
peranti frekuensi audio(audio frequency device) | Peranti yang beroperasi pada frekuensi rendah. Frekuensi ini berkaitan dengan gelombang bunyi yang boleh didengar oleh telinga manusia biasa. | Kamus Komputer |
peranti audio visual(audio-visual device) | Peranti yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat yang dapat diterima oleh mata dan telinga. Sinonim peranti pandang dengar. | Kamus Komputer |
audio- | (awalan asing) berkaitan dgn bunyi atau pendengaran, mis audiometer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
audio | 1 bkn bunyi atau pendengaran: Drpd satu bahasa perhubungan, melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka. 2 berkaitan dgn bunyi dan penghasilan semula bunyi: Syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
audio- | awalan asing berkaitan dgn bunyi atau pendengaran, mis audiometer dan audiologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audio | 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui salurĀan pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berĀkaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. | Kamus Dewan Edisi Keempat |