pasukan audit(audit team) | Kumpulan yang terdiri daripada jurutera dan pakar penggunaan komputer yang ditugaskan untuk menyemak dan menilai sesuatu sistem komputer. Ini dilakukan untuk memastikan pengendalian berjalan dengan lancar, data yang dikendalikan adalah tepat dan sahih, sebelum sebarang tindakan pembetulan diambil. | Kamus Komputer |
jejak audit(audit trail) | Jejak atau bekas laluan yang ditinggalkan oleh sesuatu urus niaga apabila ia diproses. Jejak ini bermula pada titik urus niaga dimulakan dan berakhir di tempat urus niaga tamat. Pada setiap tahap, rekod tertentu dirakamkan untuk membolehkan urus niaga dijejak semula ke tempat asalnya. Jejak ini berguna jika terdapat keperluan untuk memastikan kesahihan urus niaga atau jika timbul masalah, seperti penyelewengan dan pecah amanah. | Kamus Komputer |
atur cara audit(audit program) | Atur cara yang dibina sebagai perkakas untuk membuat penyemakan terhadap ketepatan dan kesahihan pengendalian dan data urus niaga. | Kamus Komputer |
audit bersama | audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit berkanun | audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit berkala | audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit bebas | audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit awal | audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit komputer(computer audit) | Pemeriksaan tatacara yang digunakan dalam sistem komputer bagi menilai keberkesanan dan kesahihan data untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dan juga untuk mencadangkan pembaikan. | Kamus Komputer |