hawar-hawar | sj tumbuhan (herba), aur-aur, awo-awo, rumput tapak itik, Floscopa scandens. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gading I | 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aur | buluh; bambu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aur | buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ ditarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aur | buluh; bambu. | Kamus Pelajar |
bambu | buluh, aur; ~ suda buluh atau bilah buluh yg diruncingkan sbg ranjau: serangan dibuat terhadap kampung-kampung yg hanya berbentengkan ~ suda; senapang ~ ki orang yg besar cakap tetapi tidak berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buluh apus | sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apus | ; buluh ~ sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buluh | sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temiang I | 1. sj buluh kecil yg tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur gading, buluh minyak, buluh sumpitan, Bambusa wrayi; 2. sumpitan; berebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat = merebut ~ belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka) merebutkan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |