aurat | bahagian badan yg tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aurat | Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aurat | bahagian badan yg tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam. | Kamus Pelajar |
terhijab | 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jilbab | Ar pakaian longgar (termasuk kerudung) yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan; berjilbab memakai jilbab: dlm perhimpunan itu, kelihatan juga beberapa orang wanita yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urat III | bahagian tubuh yg haram didedahkan (menurut agama Islam); gila ~ lelaki yg gila perempuan; ® aurat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadur | pakaian labuh atau jubah wanita Islam (termasuk kerudung) yg biasa dipakai di Timur Tengah yg menutupi aurat seluruh anggota badan (kecuali muka dan tapak tangan): kaum wanita Iran yg berpakaian ~ masih boleh bergerak dgn cergas ketika memikul senjata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabaruj | (berkenaan dengan orang perempuan) memperlihatkan aurat kepada bukan mahram, serta berhias secara berlebih-lebihan | Kamus DBP versi dalam Talian |
pemandi | orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hijab | Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ berpegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |