automasi | sistem pelaksanaan tugas yg menggunakan mesin secara automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai tugas dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau tidak sama sekali memerlukan tenaga manusia: Pd tahun 1980-an, bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~. mengautomasikan menjadikan sesuatu berjalan secara automasi: Kumpulan itu berusaha utk ~ sistem pengeluaran yg ada. pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
automasi | sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~; mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengautomasikan | menjadikan sesuatu berjalan secara automasi: Kumpulan itu berusaha utk ~ sistem pengeluaran yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengautomasikan | menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara surat acuan(form-letter program) | Atur cara automasi pejabat yang berfungsi menjana surat piawai yang dibentuk daripada surat acuan dan data. | Kamus Komputer |
Mesdaq | (mésdaq) akronim bagi Malaysian Exchange of Securities Dealing and Auto-mated Quotation (Bursa Urus Niaga Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |