awet | /awét/ tidak lekas rosak; tahan lama: makanan ~. ~ muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. mengawetkan menjadikan tahan lama: ~ buah-buahan. pengawetan proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
awet | (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama; mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan; pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awet | /awét/ tidak lekas rosak; tahan lama: makanan ~. mengawetkan menjadikan tahan lama:~ buah-buahan. pengawetan proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. | Kamus Pelajar |
awet muda | sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
awet muda | sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar; mengawet muda membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda, mengelakkan atau melambatkan penuaan diri seseorang: sari Aloe Vera terkenal dgn khasiatnya utk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawetan | proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengawet | bahan yg digunakan utk mengawetkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawetan | proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. | Kamus Pelajar |
tahan lasak | a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herbarium | 1. koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yg dikeringkan yg disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik; 2. tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |