ayahanda | ayah (biasanya digunakan dlm surat-menyurat sbg bahasa halus atau di kalangan raja-raja). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayahanda | (lebih halus drpd) ayah (lazim digunakan dlm surat-menyurat atau sastera lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayahanda | ayah (biasanya digunakan dlm surat-menyurat sbg bahasa halus atau di kalangan raja-raja). | Kamus Pelajar |
mempersaudarakan | menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacal I | 1. sl hamba kpd raja: paduka anakandalah akan ayahanda harap memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~ Bugis itu; 2. kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dgn raja dll), patik: Tuanku terlalu baik kpd patik ~ yg hina papa ini; had itulah yg terbaca oleh ~ datuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nian | 1. terlalu sangat, amat, benar, sungguh: bodoh ~ orang itu; 2. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya: ada pun harta ayahanda sudah tentu ~ tidak akan pulang lagi pd ayahanda; sebentar ~ sebentar sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cita I | 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan sesuatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bapanda | ark ayahanda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempersuamikan | mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebangatnya | selekasnya, secepatnya: pd bicara ayahanda ~ pun setahun maka boleh kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |